Status pemuliharaan dan ancaman Segan bintik emas (burung)

Menurut IUCN, spesies segan bintik emas dikategorikan sebagai hampir terancam. Populasinya semakin berkurangan.[8] Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap habitatnya. Di Selatan Thailand, terdapat penurunan kritikal dalam populasi burung yang tinggal di kawasan tanah rendah kerana penebangan hutan di kawasan tanah pamah oleh manusia memusnahkan habitat pelbagai spesies.[9] Oleh itu, spesies segan bintik emas sedang menghadapi kepupusan tempatan di Thailand. Walau bagaimanapun, spesies ini tersebar di banyak kawasan di Asia Tenggara, jadi ia mengurangkan risiko kepupusan penuh.[4]

Rujukan

WikiPedia: Segan bintik emas (burung) //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2017-1.RLTS.T22689600A... https://www.britannica.com/animal/caprimulgiform/R... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.oiseaux.net/oiseaux/podarge.etoile.htm... https://www.researchgate.net/publication/39014374 https://animaldiversity.org/accounts/Batrachostomu... https://web.archive.org/web/*/www.arkive.org/wd/ba... https://birdsoftheworld.org/bow/species/goufro1/cu... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?lang=FR&av...